Bye-bye 2020
Semasa aku menulis tulisan ini, tarikh harini menunjukkan tarikh 31.12.2020. Kalau aku boleh huraikan tahun 2020 ni dengan suatu perkataan....aku tak boleh sebab banyak sangat perkara berlaku pada tahun ini. Tahun 2020 ni akan kekal ditulis didalam sejarah sebagai tahun yang penuh dengan huru-hara, mungkin punca utamanya adalah disebabkan Covid19 yang telah meragut nyawa 1,000,000 orang dah sekarang. Semua berubah bertitik tolak dari situ, aku tak boleh belajar dekat kampus,mental aku semakin tak stabil,ada orang cakap aku makin panas baran dan mungkin orang tu betul pun,aku kesal dengan perubahan aku ni dan aku harap tahun 2021 ni aku akan boleh berubah. Dalam nota yang lain, inspirasi aku untuk mula menulis blog ni sudah berkahwin dan aku tak jangka pun dia yang kahwin sebenarnya. Makin lama makin banyak kenalan aku dah berkahwin walaupun tak adalah sampai majoriti tapi tu lah, perasan la jugak makin lama makin ramai. Aku gembira untuk kawan-kawan aku dan pada masa yang sa...