APE KABOR
HEEYYY apa khabar semua,lama tak update blog ni.Ok mesti pelik kan kenapa aku tulis blog aku ni dalam Bahasa Melayu kan sedangkan selama ini aku tulis dalam English je memanjang.Aku ada sebab kenapa aku tulis dalam BM. Antara sebabnya ialah aku rasa macam aku "consume" dan "create" banyak sangat mesej ke blog ke tweet ke dalam English sehinggakan aku rasa BM aku terabai. Ye la percakapan aku dalam hari-hari dalam Bahasa Melayu tapi tu bercakap,tulis artikel lain,bahasa mesej pun lain.Jadi aku rasa sebagai orang Melayu elok aku tukar la medium percakapan aku ni ke BM balik dari semasa ke semasa,takdelah sampai lupa daratan orang kata kan asyik nak guna English je hahaha. Harini menandakan 1 bulan sudah aku mulakan latihan indsutri aku atau bahasa studentnya praktikal la dan daripada praktikal ni aku dapat banyak la belajar pasal industri (betul ke industri) penilaian hartanah ni. Benda yang aku belajar dekat ...