APE KABOR


       HEEYYY apa khabar semua,lama tak update blog ni.Ok mesti pelik kan kenapa aku tulis blog aku ni dalam Bahasa Melayu kan sedangkan selama ini aku tulis dalam English je memanjang.Aku ada sebab kenapa aku tulis dalam BM.

       Antara sebabnya ialah aku rasa macam aku "consume" dan "create" banyak sangat mesej ke blog ke tweet ke dalam English sehinggakan aku rasa BM aku terabai. Ye la percakapan aku dalam hari-hari dalam Bahasa Melayu tapi tu bercakap,tulis artikel lain,bahasa mesej pun lain.Jadi aku rasa sebagai orang Melayu elok aku tukar la medium percakapan aku ni ke BM balik dari semasa ke semasa,takdelah sampai lupa daratan orang kata kan asyik nak guna English je hahaha.

      Harini menandakan 1 bulan sudah aku mulakan latihan indsutri aku atau bahasa studentnya praktikal la dan daripada praktikal ni aku dapat banyak la belajar pasal industri (betul ke industri) penilaian hartanah ni. Benda yang aku belajar dekat Universiti dari semester 1 sampai la semester 5 memang aku praktikkan dalam latihan industri aku ni. Aku banyak belajar buat "valuation report"la sebab memang company yang aku praktikal ni buat valuasi je.

    Mungkin ada orang tak pernah dengar apa valuasi tu.Okay valuasi ni penilaian sesebuah bangunan ataupun apa-apalah yang dibina atas tanah.Orang yang menilai nilai sesuatu bangunan ni kita panggil dia penilai atau dalam English dia "Valuer". Kerja penilai ni memang dia khusus untuk nilai harga bangunan mengikut harga market (harga market ni harga yang biasa dibeli-dijual). Aku bagi sebuah contoh la.

        Katakan aku nak beli satu rumah ni harga RM500,000. Aku cakap la dekat bank yang aku nak beli rumah tu.Bank pun akan proceed la dengan kenal pasti gaji aku berapa,aku layak tak untuk buat pinjaman.Kalau semua tu dah settle, bank pun akan lantik la syarikat jurunilai untuk nilai rumah yang aku nak beli tu berapa,betul ke RM500,000 rumah tu sebab bank nak bagi pinjaman dekat kita mengikut harga rumah ni. Kalau harga rumah tu RM450,000 je lepas syarikat penilaian buat nilaian maknanya bank akan bagi maximum RM440,000 ribu je la,RM10,000 deposit yang aku kena bayar.Ni anggaran kasar dan contoh bodo-bodo je tapi nampak la kan dimana terletaknya kepentingan penilai kat sini.

       Okay la aku bagi contoh lain pulak, GUGEL Sdn. Bhd. ni sebuah syarikat yang besar juga lah,tahun ni dia nak buat audit untuk nilai berapa aset syarikat GUGEL ni ada buat masa sekarang.Jadi syarikat GUGEL ni ada sebuah bangunan dekat Ipoh yang digunakan sebagai gudang jadi untuk tahu nilai berapa RM gudang kat Ipoh tu,GUGEL ni upah la syarikat Azmin.Co untuk buat penilaian berapa RM gudang tu. Jadi setelah dibuat penilaian ,Azmi.Co dapat jumlah nilai gudang tu RM1,500,000.

    Haaa jadi tulah kerja aku masa buat latihan industri ni. Masuk office pagi buat pelan lantai,pelan lokasi apa semua. Ada masa kena buat "valuation report" dari awal. Harap-harap aku boleh habiskan latihan industri aku ni dengan penuh ilmu dan pengalaman di dada oo yeahh




Comments

Popular posts from this blog

of life and thoughts

career?

of love and responsibillity