Beli rumah buat melabur?
(gambar diambil dari udangmerah.blogspot) Hmm, dekat mana aku nak mula ya. Aku tengah bosan sekarang ni duduk dekat rumah je tak buat apa-apa. Nak mesej kekasih pun kekasih takde maka ada baiklah aku mula menulis balik bagi mengasah minda aku yang selalu menelan informasi-informasi tanpa memuntahkan balik informasi tu. Orang kata menulis lagi susah daripada membaca, dan sebagai orang yang suka membaca, aku setuju dengan kata-kata tu. Terlalu banyak perkara di minda aku untuk aku menulis. Terlalu banyak isu yang aku suka kupas tapi aku sedar yang aku bukanlah pakar dalam mana-mana bidang jadi biarlah tulisan aku ni terkubur di blog ini sahaja. Kalau anda terjumpa blog ini, tahniah. Sekarang ni bulan 6 2020 selepas negara mengahadapi PKP (Perintah Ka...