Beli rumah buat melabur?

(gambar diambil dari udangmerah.blogspot)
Hmm, dekat mana aku nak mula ya. Aku tengah bosan sekarang ni duduk dekat rumah je tak buat apa-apa. Nak mesej kekasih pun kekasih takde maka ada baiklah aku mula menulis balik bagi mengasah minda aku yang selalu menelan informasi-informasi tanpa memuntahkan balik informasi tu. Orang kata menulis lagi susah daripada membaca, dan sebagai orang yang suka membaca, aku setuju dengan kata-kata tu. Terlalu banyak perkara di minda aku untuk aku menulis. Terlalu banyak isu yang aku suka kupas tapi aku sedar yang aku bukanlah pakar dalam mana-mana bidang jadi biarlah tulisan aku ni terkubur di blog ini sahaja. Kalau anda terjumpa blog ini, tahniah.
Sekarang ni bulan 6 2020 selepas negara mengahadapi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) aku tengok ramai yang orang mula untuk beli rumah yang mana baguslah, aku suka tengok orang beli rumah, bertambah la sedikit rezeki kawan-kawan aku yang menjadi ejen.
Aku andaikan yang mula membeli rumah tu pada waktu ini beli untuk duduk dan bukan untuk pelaburan. Sebenarnya aku kurang gemar orang beli rumah untuk pelaburan KALAU komitmen bulanan kau cukup-cukup untuk hidup je. Kalau kau ada lebihan wang yang banyak dipersilakanlah. Mengapa aku kurang gemar?
Sebab pelaburan hartanah ni bagi aku pelaburan yang berisiko tinggi, lagi tinggi dari pelaburan saham, ya mungkin penyataan ni agak melampau tapi ada sebab aku cakap macam ni.
Dalam banyak-banyak instrument pelaburan, unit trust,bond,saham ,hartanah dan lain lain. Aku berpendapat pelaburan hartanah lah pelaburan yang paling mahal dekat Malaysia ni. Dan kau nak mula melabura bukan guna duit kau sendiri 100%, kau buat pinjaman dengan bank. Pinjaman tu pula bukan 10-20 ribu ringgit, oh tidak, tapi beratus ribu ringgit. Tapi memanglah kau boleh bayar balik semua pinjaman tu bila kau dah jual balik rumah tu dengan harga yang mahal. Tapi kau kena ingat, nak jual rumah pula bukanlah perkara yang mudah.
Hartanah adalah antara asset yang paling susah nak tukar ke pada wang, orang panggil kadar kecairan.
Tapi (banyak betul tapi), ada orang berhujah juga, “rumah tu aku beli untuk sewakan lah, nanti cukup tahun bila harga dah naik aku jual lah”.
Untuk hujah tersebut, aku akan kata, kau dan buat kajian pasaran ke? Dah kaji ke Net Present Value (NPV) apa? Dah kaji ke Discounted Cash Flow macam mana? Ingat ya apa aku cakap tadi, pelaburan hartanah adalah pelaburan yang paling mahal jadi kamu pelabur hartanah mesti, WAJIB buat kajian terlebih dahulu.
Ada masa aku kongsi lah ya macam mana nak buat Market Research dalam pembangunan hartanah, aku pun yakin yang teknik kajian tu boleh dipakai juga bagi mengenal pasti kekuatan sewaan dekat satu kawasan tu.
Okay itu saje kot untuk kali ni, bukanlah aku nak kata pelaburan hartanah ni tak bagus, Cuma berhati-hati sahaja lah. Kau pergi kelas dan berguru dengan “sifu hartanah” sekalipun, kena hati-hati.
Comments
Post a Comment