Posts

Showing posts from February, 2021

Geografi Amerika

     Aku tulis ni sebab aku tak tau nak tulis apa harini sebenarnya, aku hari-hari aku berjalan macam begitu sahaja, tiada apa-apa nak diceritakan sangat sepanjang PKP ni dan aku pulak jenis yang tak pandai bercerita, betul, kalau aku nak cerita pengalaman yang lawak yang terjadi semalam, aku cerita balik jadi tak lawak dah. Tapi aku pandai buat orang gelak, kat mana lawak aku pun tak tahu la.     Ok kali ni aku nak ceritakan pasal geografi dunia dan politk atau dalam bahasa mudahnya dipanggil geopolitik. Geopolitik ni kajian tentang kaitan geografi tempat tu dan politik di kawasan tersebut. Aku ni bukanlah pakar pun dalam geopolitik ni malah aku boleh katakan aku ni memang bodoh dalam geopolitik ni. Sebab aku nak ceritakan pasal geopolitik ni ialah aku sekarang sedang baca buku The Revenge of Geography by Robert D Kaplan. Aku beli buku ni masa pesta buku big bad wolf tahun 2017 ke 2018 ntah aku lupa dah, aku beli sebab cover macam menarik dan harga pun te...

Ledakan maklumat

Semasa zaman koronavirus ni aku dan berjuta lagi orang lain terpaksa duduk di rumah oleh kerana bimbang dijangkiti wabat virus ini dan nak aku katakan bahawa kebanyakan orang termasuk aku menjadi sangat tertekan duduk di rumah ni. Selama hampir setahun aku duduk di rumah je hari-hari.  Aku pun sebenarnya tak tahu apa yang berlaku dekat mental aku ni tapi satu perkara yang aku pasti ialah ledakan maklumat di sosial media seperti Facebook, Twitter dan Instagram malah banyak lagi aplikasi mahupun laman sesawang membuat aku menjadi "overloaded" dengan maklumat. Aku dapat rasakan yang emosi aku menjadi semakin tak terkawal, asyik nak marah orang je kerjanya, asyik nak bergaduh je dengan ahli keluarga aku. Aku takut sebenarnya dengan perubahan aku ni, aku sedar tentang perubahan aku ni akibat duduk terperap dekat rumah lama sangat tapi aku pun tak tahu lah nak ubahnya macam mana. Manusia sebenarnya tak biasa menerima maklumat yang banyak sekaligus, otak kita tak dicipta untuk menam...