Geografi Amerika

    Aku tulis ni sebab aku tak tau nak tulis apa harini sebenarnya, aku hari-hari aku berjalan macam begitu sahaja, tiada apa-apa nak diceritakan sangat sepanjang PKP ni dan aku pulak jenis yang tak pandai bercerita, betul, kalau aku nak cerita pengalaman yang lawak yang terjadi semalam, aku cerita balik jadi tak lawak dah. Tapi aku pandai buat orang gelak, kat mana lawak aku pun tak tahu la.

    Ok kali ni aku nak ceritakan pasal geografi dunia dan politk atau dalam bahasa mudahnya dipanggil geopolitik. Geopolitik ni kajian tentang kaitan geografi tempat tu dan politik di kawasan tersebut. Aku ni bukanlah pakar pun dalam geopolitik ni malah aku boleh katakan aku ni memang bodoh dalam geopolitik ni. Sebab aku nak ceritakan pasal geopolitik ni ialah aku sekarang sedang baca buku The Revenge of Geography by Robert D Kaplan. Aku beli buku ni masa pesta buku big bad wolf tahun 2017 ke 2018 ntah aku lupa dah, aku beli sebab cover macam menarik dan harga pun tengah murah je, aku cuba baca dulu tapi aku tak faham so aku simpan dulu. Dan baru-baru ni aku mintak kawan aku yang belajar kos international study ke apa ntah untuk cadangkan buku tentang Geopolitik yang aku boleh baca, dan dia cadangkan buku tersebut dan aku pun apa lagi, mula baca la.

    Buku ini menceritakan bahawa dalam sejarah peradaban dunia, politik,kerajaan dan tamadun bangkit dan jatuh serta bersilih ganti tetapi yang tak berubah ataupun sedikit sahaja berubah ialah geografi sesuatu negara atau tamadun tersebut.

    Ambil kisah negara Amerika yang sekarang ni merupakan negara yang terkuat dari segi ekonomi dan ketenteraan, kenapa Amerika boleh menjadi begitu kuat? Sebab geografi Amerika memberi peluang untuk Amerika asingkan diri mereka dari kuasa-kuasa besar yang lain dan bangunkan ekonomi mereka tanpa serangan dari kuasa besar yang lain, kalau dilihat dari peta, di sebelah timur amerika merupakan lautan atlantik yang luas yang memisahkan dia dari benua Eropah dan Afrika. Manakalah sebelah barat Amerika pula terdapat lautan pasifik yang memisahkan dia dari negara-negara Asia yang lain. Di utara Amerika pula terdapat Kanada yang pada asalnya sangat sukar untuk didiami memandangkan keadaan buminya yang bergunung ganang serta cuaca yang sejuk yang menyukarkan untuk bercucuk tanam di situ sedangkan asas kepada sesebuah tamadun ialah pertanian.

    Hanya di sebelah bawah selatan Amerika betul-betul terdapat ancaman yang mampu mengugat keselamatan Amerika, benua Amerika Selatan terdapat beberapa negara seperti Bolivia, Mexico, Panama dan lain-lain yang mampu memberi ancaman kepada Amerika tetapi pada tahun 1900 dan ke atas, Amerika telah berjaya menundukkan negara-negara tersebut melalui lantikan pemimpin yang akan memberi manfaat kepada Amerika, Panama Canal yang berjaya dibangunkan di Panama menguatkan lagi kuasa Amerika di sebelah selatan. Mungkin anda tertanya kenapa Brazil dan Argentina tak terlibat pula? Sebab antara amerika dan brazil argentina terdapat sempadan semula jadi yang menyukarkan untuk bergerak keluar masuk untuk tujuan ekonomi mahupun ketenteraan. Sebagai contoh hutan amazon yang merupakan hutan yang terbesar di dunia merupakan satu halangan untuk negara brazil ke amerika mahupun sebaliknya, keadaan muka bumi brazil yang berbukit bukau pun tak membantu sebenarnya. 

    Jadi itulah serba sedikit geografi Amerika ya, lainkali aku akan ceritakan geopolitik Cina pula bila aku rasa rajin 









Comments

Popular posts from this blog

of life and thoughts

career?

of love and responsibillity