Posts

Showing posts from February, 2020

Making the land development right.

When you drive in your town or city and you saw residential area, commercial and industrial area, one term must come to your mind that all of those areas that you saw or seeing in the process is called the land development. Now you might be asking what is land development? Well, land development is like any other product development but unlike any product, properties such as houses or factory are immobile product meaning that those product cannot be moved. And, like any other product it is the combination of several elements such as labour, material ,capital and professionals into ONE land. That land is called land development. Now if you're for example have a lot of money that you had inherited from your deceased father, you can be a developer if you wanted to, you have to register with the Ministry Of Housing to acquire your developer license. Now moving to the process of development,

Jenis percakapan

Image
Manusia ialah sejenis makhluk yang mempunyai sistem komunikasi dan hiraki sosial yang kompleks. Dalam sebuah organisasi, setiap ahli kadang-kadang mempunyai kesukaran untuk mencapai kata sepakat dalam mencapai satu objektif atau dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Masalah ini tidaklah timbul akibat dari kekurangan kemahiran dan ilmu kerana banyak sahaja contohnya engineer mahupun arkitek yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan layak untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam sesebuah kumpulan. Masalah yang selalu dikenalpasti menjadi punca kepada tidak mencapai objektif dan masalah ialah kerana kurangnya ataupun kesilapan dalam berkomunikasi dalam sebuah kumpulan. Masalah komunikasi ini bukan sahaja melanda organisasi, kita kecilkan skop masalah ini dengan memerhati masalah suami isteri, ibu bapa dan anak malah guru dan anak murid. Perlu kita ingat yang manusia ini ialah lain-lain personalitinya, setiap individu mempunyai dunia dan alam semestanya yang tersendiri di dala...

Sebagai orang kampung di bandar

Image
Aku anggap aku ni orang kampung walaupun aku belajar luar dari kampung aku selama 5 tahun dah tapi dalam hati dan minda aku aku masih rasa aku ini orang kampung dan tentulah bila aku cakap macam tu ia bukanlah satu kenyataan yang buruk dan menghina malah aku bangga menjadi orang kampung yang mempunyai jati diri sendiri yang tak dicemari dengan ideaologi dan anasir luar yang membentuk diri aku menjadi orang asing di Tanah Air sendiri. Aku kadang-kadang kena datang KL sebab abang aku menetap di Kuala Lumpur dan aku biasanya menjadikan KL ini sebagai transit untuk aku pergi ke kampus UITM aku di Perak. Kebiasaanya aku akan duduk selama 1 atau 2 hari di KL ini. Rumah abang aku dekat tengah bandar juga la kalau nak dikatakan, dekat Setapak. Trafik yang sibuk dengan bangunan pencakar langit mengelilingi rumah abang aku. Masalah timbul bila aku nak pergi keluar berjalan ke bandar atau ke mana-mana tempat yang lain.Bila orang kampung macam aku ini datang ke KL, aku tiada kenderaan sendir...

I'm back

Fuh lama tak menulis dekat blog ni, rasanya dekat 7 bulan juga. Aku tak mempunyai alasan melainkan aku selalu menangguh untuk menulis dan ikutkan sangat perasaan malas aku. Namun, semangat menulis aku ini timbul apabila aku baca buku Kitab Perdana Menter ke apa lupa dah nama buku tu. Tapi buku tunjuk tentang penulis-penulis atau pemikir yang membentuk sistem dunia ini dan bila aku baca ni aku sedar. Mereka, si penulis dan pemikir ini bukanlah sang pemikir yang terhebat di dunia ni tapi kenapa mereka berjaya mengubah dunia ini? Aku letakkan satu sahaja punca dia. Berani. Mereka semua berani untuk melemparkan idea mereka di buku-buku, tidak takut untuk menerima kritikan daripada orang lain tapi kalau difikirkan balik, zaman mereka tiada media sosial yang menguatkan rasa takut dikritik sebab dengan wujudnya media sosial, orang lagi senang nak mengkritik, walaupun orang yang bodoh dan tidak layak yang tak faham konsep pun. Tapi kunci kejayaan mereka ialah mereka tidak takut dikritik ...