Sebagai orang kampung di bandar

Aku anggap aku ni orang kampung walaupun aku belajar luar dari kampung aku selama 5 tahun dah tapi dalam hati dan minda aku aku masih rasa aku ini orang kampung dan tentulah bila aku cakap macam tu ia bukanlah satu kenyataan yang buruk dan menghina malah aku bangga menjadi orang kampung yang mempunyai jati diri sendiri yang tak dicemari dengan ideaologi dan anasir luar yang membentuk diri aku menjadi orang asing di Tanah Air sendiri.

Aku kadang-kadang kena datang KL sebab abang aku menetap di Kuala Lumpur dan aku biasanya menjadikan KL ini sebagai transit untuk aku pergi ke kampus UITM aku di Perak. Kebiasaanya aku akan duduk selama 1 atau 2 hari di KL ini. Rumah abang aku dekat tengah bandar juga la kalau nak dikatakan, dekat Setapak. Trafik yang sibuk dengan bangunan pencakar langit mengelilingi rumah abang aku.

Masalah timbul bila aku nak pergi keluar berjalan ke bandar atau ke mana-mana tempat yang lain.Bila orang kampung macam aku ini datang ke KL, aku tiada kenderaan sendiri dan kalau aku ada pun, aku lebih suka guna pengangkutan awam untuk merasai betul-betul keefisyen pengangkutan awam ini. Dan daripada pengalaman aku setakat ini. Aku dapat simpulkan yang pengangkutan awam di KL ini masih tidak mesra pengguna.

Kena ingat yang aku menulis ini atas pandangan aku sebagai orang luar dari KL jadi aku tak tahu la cara lain untuk ke tempat lain melainkan pengangkutan awam.

Aku bagi contoh, aku nak pergi ke Muzium Negara untuk tengok pameran tapi nak pergi dari tempat abang aku ke stesen LRT Wangsa Maju jauh kalau berjalan kaki. Jadi kalau orang luar macam aku ni terpaksalah menggunakan Grab atau MyCar untuk ke Stesen LRT tu. Jadi dah buang duit kat situ dan aku menyumbang kepada traffic congestion kepada orang kat sini untuk ke tempat kerja.

Bagi aku, kalau aku stesen BRT dalam lingkungan  1-3 km dari tempat abang aku ni dah okay dah sebenarnya. Boleh jimat duit dan kurangkan public congestion. Dan paling penting boleh tingkatkan connectivity antara pengangkutan awam.

Sebenarnya bukan KL sahaja yang hadapi masalah ini hampir seluruh bandar di Malaysia hadapi masalah ini. Jap lupakan hampir tu, SEMUA bandar di Malaysia haa baru betul

Ini hanyalah pandangan peribadi aku dan aku sedar mungkin ada banyak kesilapan ataupun cara lain untuk ke tempat itu. As I haven't done any research prior to writing this, I am bound to make a technical mistakes.

Comments

Popular posts from this blog

of life and thoughts

career?

of love and responsibillity