Jenis percakapan

Manusia ialah sejenis makhluk yang mempunyai sistem komunikasi dan hiraki sosial yang kompleks. Dalam sebuah organisasi, setiap ahli kadang-kadang mempunyai kesukaran untuk mencapai kata sepakat dalam mencapai satu objektif atau dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Masalah ini tidaklah timbul akibat dari kekurangan kemahiran dan ilmu kerana banyak sahaja contohnya engineer mahupun arkitek yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan layak untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam sesebuah kumpulan. Masalah yang selalu dikenalpasti menjadi punca kepada tidak mencapai objektif dan masalah ialah kerana kurangnya ataupun kesilapan dalam berkomunikasi dalam sebuah kumpulan.

Masalah komunikasi ini bukan sahaja melanda organisasi, kita kecilkan skop masalah ini dengan memerhati masalah suami isteri, ibu bapa dan anak malah guru dan anak murid.

Perlu kita ingat yang manusia ini ialah lain-lain personalitinya, setiap individu mempunyai dunia dan alam semestanya yang tersendiri di dalam diri mereka. Oleh itu tentulah skil atau teknik komunikasi yang dipakai oleh setiap individu adalah berlainan antara satu sama lain.

Jenis percakapan ataupun komunikasi boleh dibahagikan kepada empat iaitu:
  • Analytical
  • Intuitive
  • Personal
  • Functional
Analytical
Orang yang bercakap dengan stail analytical ni boleh dirumuskan dalam dua ayat. Nombor dan fakta. Orang yang bercakap jenis analytical ini ialah orang yang memerlukan nombor dan fakta untuk menguatkan hujah percakapan mereka.

Sebagai contoh, ada yang memberitahu kepada Ali bahawa jualan syarikatnya telah meningkat, Ali, seorang yang bercakap jenis ini akan tidak berpuas hati dengan informasi yang diterimanya kerana baginya informasi itu tidak boleh dipercayai. Meningkat? Berapa peratus meningkat, produk apa yang paling banyak terjual dan jumlah jualan berapa sehingga dikatakan jualan meningkat?

Untuk individu seperti Ali, jawapan yang memuaskan hati dia mungkin berbunyi.Jualan syarikat ABC pada suku pertama 2020 telah meningkat sebanyak 19% berbanding suku pertama tahun 2019. Produk yang paling banyak menyumbang kepada peningkatan ini ialah Produk ABC dengan jumlah jualan sebanyak 12,000 unit.

Intuitive
Orang yang bercakap dengan jenis intuitive ialah orang yang tak suka secara detail cerita atau informasi yang diterimanya. Dia nak maklumat itu diringkaskan sebanyak mungkin. Bila mula cerita contohnya, dia hanya ingin tahu pengakhiran cerita tersebut dan bukan butiran-butiran yang tidak penting yang hanya akan mengusutkan kepala dia.

Dia hanya ingin tahu konklusi maklumat tersebut supaya mudah untuk dia mengambil keputusan.

Orang yang jenis ini boleh dirumuskan sebagai orang yang melihat the big picture.

Sebagai contoh, kita ambil kes Ali tadi, katakan perkerja dia membawa report prestasi syarikat dengan segala butiran-butiran penting dan nombor-nombor seperti kes analytical tadi. Kalau Ali jenis intuitive, dia hanya berminat untuk tahu sama ada syarikat dia untung atau rugi , kalau untung apa sebabnya dan kalau rugi apa pula sebabnya. Terlalu banyak maklumat akan menyerabutkan dia.

Personal
Orang yang bercakap jenis personal ni ialah orang yang bercakap menggunakan hati dan perasaan mereka untuk berhubung dengan lebih erat terhadap orang yang sedang berkomunikasi.

Orang yang jenis ini mempunyai sikap empati dan simpati yang tinggi. Orang yang berkomunikasi dengan orang jenis ini akan merasa gembira dan lega kerana seolah-olah orang jenis personal ini dapat memahami dan merasa kesakitan dan keresahan yang dialami.

Namun satu kelemahan yang terdapat pada orang jenis ini ialah mereka terlalu cepat terasa hati dengan orang sekeliling meskipun tiada apa yang perlu diambil hati. Mereka terlalu cepat tersinggung. Mungkin orang yang jenis ini perlu sedar bahawa bukan semua perkara perlu diambil hati, ada perkara yang lebih memerlukan fikiran yang rasional. Lagi-lagi pada zaman media sosial ini dimana kata-kata kesat sering kali dilomparkan.


Functional
Orang yang jenis functional ni ialah senang cakap yang berlainan terus dengan orang jenis intuitive ni.

Kalau orang jenis intuitive tidak suka kepada butiran-butiran maklumat yang dianggap remeh. Orang jenis functional pula ialah orang yang suka kepada butiran-butiran ini. Mereka merasa bahawa setiap butiran maklumat memainkan peranan yang penting.

Diumpamakan maklumat-maklumat tersebut seperti bahagian-bahagian di dalam enjin yang menggerakkan kereta. Kalau salah satu bahagian tersebut tiada, tentulah enjin tidak dapat berfungsi dan sekaligus menjadikan jentera tersebut tidak dapat digerakkan. Itulah mindset seorang yang jenis functional.

Mereka boleh diberikan kepercayaan untuk mengendali program atau projek kerana mereka tidak akan membuang ataupun melangkah secara sesuka hati komponen yang diperlukan. Dalam erti kata lain, mereka ini ialah orang-orang yang TELITI.











































Comments

Popular posts from this blog

of life and thoughts

career?

of love and responsibillity