I'm back
Fuh lama tak menulis dekat blog ni, rasanya dekat 7 bulan juga. Aku tak mempunyai alasan melainkan aku selalu menangguh untuk menulis dan ikutkan sangat perasaan malas aku.
Namun, semangat menulis aku ini timbul apabila aku baca buku Kitab Perdana Menter ke apa lupa dah nama buku tu. Tapi buku tunjuk tentang penulis-penulis atau pemikir yang membentuk sistem dunia ini dan bila aku baca ni aku sedar. Mereka, si penulis dan pemikir ini bukanlah sang pemikir yang terhebat di dunia ni tapi kenapa mereka berjaya mengubah dunia ini?
Aku letakkan satu sahaja punca dia. Berani. Mereka semua berani untuk melemparkan idea mereka di buku-buku, tidak takut untuk menerima kritikan daripada orang lain tapi kalau difikirkan balik, zaman mereka tiada media sosial yang menguatkan rasa takut dikritik sebab dengan wujudnya media sosial, orang lagi senang nak mengkritik, walaupun orang yang bodoh dan tidak layak yang tak faham konsep pun.
Tapi kunci kejayaan mereka ialah mereka tidak takut dikritik , mereka hanya melemparkan atau membaling idea mereka tanpa hiraukan pandangan orang lain. Matahari tak kisah dikutuk dan dihina oleh manusia sebab panas, matahari tetap menyinari sebab matahari tau, daripada 10 orang yang mengutuk matahari , 100 yang lain mendapat manfaat, begitu juga dengan penulis-penulis ini.Ya mungkin mereka akan dikritik tetapi ia tidak menolak kemungkinan mungkin daripada penulisan mereka ada juga orang lain yang mendapat manfaat.
Kau fikir Adam Smith tahu ke yang teori kapitalism dia yang dia tulis tu akan dipakai seluruh negara? Hampir satu dunia menggunakan sistem kapitalism dan aku tak rasa Smith tahu yang orang lain akan mendapat manfaat daripada teori dia walaupun aku tak suka sistem kapitalism ni. Tapi, tu cerita untuk hari lain.
Pointnya disini ialah, aku rasa kita kena berani untuk tampilkan hasil kita walaupun nanti kena bidas oleh orang lain tak kisah la orang lain tu pakar ke orang awam. Kata kuncinya ialah untuk tidak ambil kata-kata mereka di hati sangat. Aku harap aku akan menjadi lebih berani lepas ni manalah tahu hasil aku ini generasi masa hadapan atau anak cucuku boleh pakai ilmu ataupun maklumat yang aku sampaikan pasa masa aku hidup ni

Comments
Post a Comment