Bye-bye 2020

 Semasa aku menulis tulisan ini, tarikh harini menunjukkan tarikh 31.12.2020.

Kalau aku boleh huraikan tahun 2020 ni dengan suatu perkataan....aku tak boleh sebab banyak sangat perkara berlaku pada tahun ini. 

Tahun 2020 ni akan kekal ditulis didalam sejarah sebagai tahun yang penuh dengan huru-hara, mungkin punca utamanya adalah disebabkan Covid19 yang telah meragut nyawa 1,000,000 orang dah sekarang.

Semua berubah bertitik tolak dari situ, aku tak boleh belajar dekat kampus,mental aku semakin tak stabil,ada orang cakap aku makin panas baran dan mungkin orang tu betul pun,aku kesal dengan perubahan aku ni dan aku harap tahun 2021 ni aku akan boleh berubah.

Dalam nota yang lain, inspirasi aku untuk mula menulis blog ni sudah berkahwin dan aku tak jangka pun dia yang kahwin sebenarnya. Makin lama makin banyak kenalan aku dah berkahwin walaupun tak adalah sampai majoriti tapi tu lah, perasan la jugak makin lama makin ramai.

Aku gembira untuk kawan-kawan aku dan pada masa yang sama sedikit cemburu kerana mereka telah jumpa pasangan hidup mereka sedangkan aku masih tiada teman kekasih di sisi. Aku cuba positif dan aku faham juga yang aku masih tak layak untuk punyai kekasih.

Hubungan aku sebelum ni dengan bekas kekasih aku pun tak bertahan lama, tiada jodoh barangkali,boleh juga jadi aku punca masalahnya tapi tak apa lah nanti ada masa aku nanti ada la.

Aku habiskan hari-hari aku dekat rumah ni dengan pembelajaran online,hadap google meet pagi-pagi, lepastu kalau ada latihan tutorial perlu disiapkan aku akan siapkan dengan kawan-kawan menggunakan discord.

Jujur aku cakap aku tak tahu la berapa lama lagi aku boleh bertahan hidup macam ini. Semangat aku nak menimba ilmu tu makin lama makin nipis,walaupun tak la tebal mana pun masa mula-mula aku sambung belajar.

Aku jadi tak keruan dengan tugas assignment,thesis,tutorial. Ini je ke harga sebuah degree yang aku ambil. Kalau masyarakat tanya dekat aku tentang isu atau masalah hartanah aku sangsi aku boleh jawab ke tidak. Aku patut ambil jalan sendiri sebenarnya untuk menimba ilmu ni tapi ilmu boleh ke ditimba dengan bagus dalam keadaan selesa di rumah? 

Ulama-ulama besar dulu merantau satu benua untuk menimba ilmu dan mungkin sebab itu kot mereka lebih tabah dan cekal kerana mereka tahu betapa mahal dan susahnya nak dapatkan ilmu tu. 

Bila aku duduk dekat rumah pulak, lain jadinya. Aku jadi tak menghargai ilmu yang aku dapat, rasa murah. Aku patut berubah, aku hanya ada beberapa bulan lagi untuk menimba ilmu, jadi aku kena belajar bersungguh-sungguh untuk TAHU bukan untuk dapatkan KERJA SAHAJA.

Mungkin lepas ni aku akan cuba tulis pasal topik dan huraikan topik tu dekat blog ni, atau kalau aku rajin aku cuba post juga dekat facebook ke apa












Comments

Popular posts from this blog

of life and thoughts

career?

of love and responsibillity