lama tak menulis
Fuh lama betul aku tak menulis ya. Aku rasa aku kena tanamkan balik rasa menulis aku ni agar idea-idea kekal segar dalam kepala aku ni. Bukan apa aku fikir zaman sekarang ni kita terlalu banyak menerima tapi sedikit sekali kita hasilkan sesuatu bukan.
Aku fikir lambat laun pemikiran jenis seperti ni, akan jadi hamba kepada korporat dan sistem kapitalisme sahaja. Tapi, dugaan untuk berfikir tanpa apa-apa gangguan sangatlah sukar sekarang. Lebih lebih lagi pada zaman digital ni yang memerlukan kita untuk fokus kepada gajet sahaja.
Agaknya lah kan, adakah aku akan jadi makin pandai kalau aku duduk termenung sahaja sehari selama setengah jam. Aku fikir kelemahan yang aku ada sekarang ni bukannya ketandusan idea dan maklumat, tapi untuk menyusun maklumat itu menjadi satu sususnan yang boleh dirujuk kembali. Seperti menyusun buku pada rak, kalau kita nak baca balik buku tu, kita perlu mencari bahagian susunan dia saja. Buku pasal duit dekat kewangan, buku feqah dekat agama dan begitulah sepertinya.
Agaknya boleh ke tidak kita kuasai otak dan minda kita jadi macam tu? Adakah memerlukan kita mempunyai super memori macam robot atau teknologi buatan (AI)? Aku rasa makin lama kita makin kurang bergantung pada otak kita, kebolehan berfikir lama-lama diganti dengan kebolehan lain. Kebolehan berfikir kita, kita serahkan pada teknologi dan robot. Aku bukanlah saintis tapi agaknya macam tu lah manusia akan datang macam mana. Kalau begitu, esok aku nak tulis pasal tanah rezab Melayu la dekat Facebook, nak didik kawan-kawan tentang pentingnya TRM.
Esok kita akan tengok, sama ada aku ni bodoh cakap banyak sahaja ke tin kosong atau aku punyai maklumat itu hanya perlu mengakses sahaja. Aku harap aku tak menjadi hamba teknologi.
Comments
Post a Comment