Reka bentuk bandar di Malaysia ni
aku ni bukanlah seorang perancang bandar mahupun arkitek,hatta aku tak ambil pun kos-kos yang berkaitan dengan perancangan bandar eh jap, mungkin ada. Aku ambil kos pengurusan hartanah jadi aku terlibat secara tidak langsung hal-hal yang berkaitan dengan perancangan bandar or pembangunan.
aku tak suka duduk dekat bandar. Kenapa? Sebab dekat bandar aku rasa lemas la, aku rasa tak bebas untuk bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat. Untuk bergerak dari point A ke point B, kau kena ada transportation yang boleh bawak kau ke suatu tempat tu. Dalam erti kata lain, bandar di Malaysia ni tak mesra manusia, hanya mesra kereta.
aku tak tau la orang lain tapi bila aku jalan-jalan dekat bandar KL ke Kuantan ke Ipoh ke, aku tak rasa macam aku ni dialu-alukan dekat sana. Ye lah, jalan kaki sikit dah kena berhenti dekat traffic light, kena tengok kiri kanan nak lintas jalan ,sentiasa perlu berjaga-jaga bila dekat bandar.
cuba kau pergi tengok jalan-jalan dekat Jepun,Amsterdam. Aku paling suka jalan-jalan yang dekat Jepun, rasa "cozy" je bile jalan kaki situ. Ada nilai estatik bila berjalan kaki dekat Japanese Street ni.
Rasa selamat je jalan kaki kalau dekat tempat macam ni, tak payah nak risau kereta lalu lalang dan aktivi ekonomi dekat kawasan ni pun boleh hidup kerana orang berjalan kaki dekat kawasan tu.
Cuba kalau kau buang orang-orang dalam tu dan gantikan dengan kereta-kereta yang akan lalu lalang, kau rasa sama banyak tak orang akan berhenti membeli dekat kedai-kedai tu? TIDAK. Kalau kereta berhenti untuk membeli pun ia akan mencipta satu lagi masalah iaitu traffic congestion. Bila traffic congestion berlaku, kadar produktiviti akan berkurang,emosi pun terganggu masa tu,pendek kata, tiada manfaat la kalau traffic congestion ni terjadi.
nah cuba kau bayangkan kalau nak jalan kaki dekat kawasan macam ni,sanggup tak? Aku rasa majoriti akan kata tak sanggup bukan sebab cuaca panas (yang tu mungkin sikit la) tapi jalan ni tak mesra pejalan kaki, tak tengok kiri kanan sikit je, kau mungkin akan kena langgar. Aku tau sebab aku pernah datang sini dulu, bukan sekali dua, berkali jugak.
So kesimpulannya, aku rasa pihak berkuasa kena mula untuk mengubah cara merancang bandar. Mulakan dengan tutup satu area yang pernah jadi laluan kereta,khaskan untuk laluan pejalan kaki sahaja, tengok macam mana akan berlaku, satu eksperimentasi.

Comments
Post a Comment