Kuala Terengganu kene ade public transportation doh ni

Baru-baru ni aku pergi kuala tranung (KT). Pergi sebab nok beli buku dekat BIG BAD WOLF di mydin gong badak satu lagi sebab saje la nak jalan-jalan dekat KT ni , lama tak berjalan dekat ibu kota negeri sendiri, nak tengok jambatan baru (drawbridge) yang baru bukak.

Sepanjang perjalanan nampak banyak la jugak pembaharuan dekat bandar KT ni. Ada nak buka mayang mall, KTCC, overall nampak banyak la pembangunan yang giat berlaku dekat Kuala Terengganu ni yang aku suka tengok.

Tapi, apa yang aku tak suka tengok dan rasa ialah JEM WOI, BAKPE KT JEM SANGAT NI WOI. Tak tahu la sebab mungkin aku pergi tu masa cuti raya haji so orang jadi ramai dari biasa tapi aku tak rasa ia boleh dijadikan alasan untuk jem je sokmo.

Sebab tu aku propose kerajaan negeri terengganu untuk buat satu jaringan public transportation. Aku rasa cara yang paling efisyen untuk kerajaan negeri Terengganu buat sekarang ialah membina BRT (Bus Rapid Transit). BRT merupakan satu cara yang murah untuk membina jaringan public transportation sebab BRT ni akan guna jalan sedia ada je, mungkin kena buat sedikit renovation and alteration je pada jalan yang dah sedia ada.

Aku suka baca twitter @khalidkarim tentang BRT ni, dia dah buat analisis dah pasal cost/benefit BRT ni. Aku ni bukanlah pro mana nak ulas menda ni panjang-panjang tapi aku setuju dengan dia punya pandangan.

BRT ni boleh cater dari 3000-60,000 orang .Untuk jumlah populasi di bandar KT i think it is far than enough and can cater future generations. Dengan adanya BRT ni, orang akan lebih prefer untuk naik BRT untuk elak jem.Bila 1000 orang fikir macam tu,kemungkinan 1000 kereta boleh dikurangkan dekat situ. Bila kereta berkurang maka traffic congestion pun akan berkurang dan economic aktiviti pun akan jadi lebih menggalakkan.

Berbeza dengan MRT atau LRT, pembinaannya lebih senang,boleh guna local product je tak perlu nak import produk-produk yang mahal. Kerja pembinaan juga boleh dikontrakkan kepada local punya kontraktor yang kecil-kecil atau sederhana and thus,creating job opportunities.


Comments

Popular posts from this blog

of life and thoughts

career?

of love and responsibillity